Jumaat, 30 April 2010

CARA-CARA MEMBUAT GASING

Membuat gasing yang bermutu memerlukan satu kemahiran yang tinggi.Membuat gasing melalui beberapa peringkat yang perlu dibuat dengan teliti.

Peringkat pertama membuat gasing ialah mencari kayu yang bermutu cantik dan menarik.Seni mencari kayu gasing dimiliki oleh tukang-tukang mahir.Biasanya kayu Merbau dan kayu Membaru menjadi kayu yang digemari oleh peminat gasing. Kayu yang matang akan menghasilkan gasing yang menarik

Peringkat kedua pula ialah peringkat membalak kayu.Kayu akan dipotong menggunakan gergaji,kapak atau parang.Setelah kayu dipotong kayu gasing akan dipastikan kayu yang menarik dan bermutu sahaja diambil,Kayu gasing dalam bentuk balak akan dinipiskan dan dibentuk bulat.Kayu gasing tersebut berukuran 15 cm pada ukuran jejarinya.

Peringkat ketiga pula, kayu gasing akan dilarik menggunakan sejenis alat.Tukang gasing yang mahir akan membentukkan kayu gasing menjadi bentuk yang dikenhandaki.Proses peringkat ini memerlukan kemahiran yang tinggi.

FIZIKAL GASING


FIZIKAL GASING



Biasanya Gasing terbahagi kepada lima kopenan utama iaitu kayu, tanduk ,almanium,timah dan besi.

· Kayu merupakan eleman yang paling besar dan paling utama dalam
Sesebuah gasing.Kayu menjadi tubuh kepada gasing.
· Logam timah bahagian yang kedua penting juga merupakan tubuh yang kedua penting bagi gasing.
· Besi menjdi paksi kepada gasing.Logam almanium kepala gasing